May 15th, 2019 by OYO Team admin

Ramadhan yang dinanti kini telah kembali. Tumpuan kembali kepada warga kota atau di desa tidak kira bangsa dan agama yang sama-sama turut menanti ketibaan bulan mulia bagi umat Islam ini kerana di bulan ini lah juadah-juadah istimewa tersedia dijual di merata-rata tempat. Di bawah ini adalah senarai lima Bazaar Ramadan terbaik di sekitar ibu kota Kuala Lumpur bagi yang tercari-cari juadah dan menu bermuka “AUM” yang sedap dan menyelerakan sehingga meleleh air liur nanti.

1.Kampung Bharu

Kampung Bharu semestinya menjadi senarai nombor satu . Tahu tidak kenapa? Ha, ini kerana keunikan Bazaar Ramadan itu sendiri. Juadah paling istimewa di sini adalah keaslian bubur lambuk Kampung Bharu. Memang sedap, memang terbaik. Kalau ambil bau dari jauh pastinya kita semua gigit jari. Aroma bubuk lambuk itu sendiri boleh buat kita terus tercari-cari. Agihan Bubur Lambuk percuma juga ada di sekitar Masjid Kampung Bharu, jadi boleh lah kita berjimat sedikit.

Selain daripada bubuk lambuk, banyak lagi juadah yang istimewa lain daripada yang lain dan ada juga yang anda tidak pernah lihat seumur hidup contoh seperti Kuih Lompat Tikam, Talam Keladi, Nekbat,Tepung Pelita, Murtabak, Jala dan banyak lagi. Pernah dengar ke? Pernah rasa? Kalau belum, mari kita cari sama-sama nanti ya!

Sejarah Kampung Bharu agak unik kerana usia Kampung Bharu telah mencecah 100 tahun lebih yang kiranya sudah Jubli Emas lah. Kalau nak membeli juadah adalah dicadangkan untuk anda semua memilih sekitar Jalan Raja Alang, Jalan Raja Muda dan Jalan Raja Uda yang berada di sepanjang Kampung Bharu ini.

Dah habis beli tu marilah kita pergi berbuka puasa di Hotel yang berdekatan. Kan best boleh iftar bersama keluarga dan kawan tersayang.

Ini hotel-hotel yang berdekatan: 

OYO 506 Mah Lanu 2

OYO 127 The Reeds Hotel

OYO 327 Buddys Hotel

OYO 168 Aira Hotel

2. Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR memang senantiasa dikerumini oleh manusia terutama sekali ketika bulan Ramadan sehingga kalau dari jauh kelihatan seperti semut yang berkerumunan. Siapa yang tidak pernah sampai ke sini sememangnya rugi. Lokasi ini menjadi kegemaran warga kota Kuala Lumpur kerana mudah untuk ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT Masjid Jamek, MRT Bukit Bintang dan juga bas.

Kepelbagaian juadah berbuka puasa di sini juga semestinya banyak tidak terkira. Sebut sahaja makanan yang anda inginkan pastinya ada dari kiuh-muih tempatan, nasi berlauk ke nasi ulam, silap hari bulan anda balik tangan penuh makanan. Bukan sekadar makanan, anda juga boleh mencari semua barang keperluan atau barang untuk berhari raya seperti baju kurung, songkok, beg, alat solek dan lain-lain. Tapi, adalah dinasihatkan untuk semua agar berbelanja mengikut keperluan!

Jalan TAR ini juga menjadi pilihan kerana mempunyai dua masjid disekitarnya yang memudahkan kita semua untuk solat tarawih iaitu di Masjid Jamek dan Masjid India. Di sini juga sering menjadi kunjungan pasti warga asing seperti warga eropah dari negara-negara berbeza. Dapat makanan, dapat membeli belah, dapat juga anda mencuci mata!

Kalau sudah terbeli terlalu banyak makanan tu bolehlah singgah di Hotel berdekatan. Rehat sementara menunggu solat Tarawih di Masjid Jamek dan Masjid India.

Ini hotel-hotel yang berdekatan:

OYO 431 Hotel De Grand Orchard

3. Taman Tun Dr Ismail

Taman Tun Dr Ismail pula lebih senang dikenali sebagai TTDI bagi penduduk setempat. Bazaar Ramadan di sini kebanyakannya dikunjungi datang warga dari sekitar Damansara. Di sini, kebanyakan warung dibuka di sepanjang jalan juga dan di Kawasan meletak kenderaan. Walaupun tidak sebesar Kampung Bharu atau Jalan TAR, menu juadah tidak kalah jua.

Kalau anda ke mari adalah wajib untuk mencuba juadah terkenal di sini iaitu Nasi Lemak Kukus yang dihidangkan dengan sambal goreng pedas hebat dan anda boleh memilih lauk yang anda inginkan dari ayam goreng, ayam berempah, kerang, daging masak lemak dan lain-lain. Kuih-muih juga turut ada di sini dan paling berbaloi untuk anda dapatkan kuih keria goreng yang hangat, cukup rangup dan manis.

Untuk ke TTDI, anda juga tidak digalakkan untuk menaiki kereta kerana Kawasan di sini cukup padat. Mungkin anda semua boleh cuba untuk menaiki MRT Taman Tun Dr Ismail ya.  

Kalau dah penat berjalan dan ingin mengelak sesak jalan boleh juga berhenti di hotel-hotel yang berdekatan. Selain berhenti makan anda juga boleh bersolat bersama keluarga di hotel berkenaan. Kan mudah begitu!

Ini hotel-hotel yang berdekatan:

OYO 538 A&n Hotel
OYO 324 Johnshun Hotel
OYO 325 Damansara Inn

4. Bazaar Ramadan Bangsar 

Pernah atau tidak anda melihat variasi kuih-muih yang dimodenkan? Ha, Bangsar adalah lokasi yang boleh menjanjikan kelainan juadah dan menu bermuka tau! Di sini anda akan dapat melihat sekaligus berpeluang untuk merasa kuih-muih ini. Agar-agar OREO, Aiskrim Cendol, Pulut Mangga dengan kuah soya (bukan kuah santan lagi), Black Roti John dan banyak lagi. Kita dengar pun dah agak hipster kan. Memang Bazaar Bangsar yang tip top. Lokasi Bazaar Bangsar ini terletak di belakang Bangsar Village 2 berdekatan Masjid Bangsar. Sekiranya anda ingin ke sini, boleh turun di LRT Bank Rakyat seterusnya berjalan kaki sekitar 15 minit atau menaiki teksi di bawah LRT Bank Rakyat dengan kadar caj sekitar RM5. Istimewanya di sini, anda dapat melihat kaum-kaum lain di Malaysia seperti India dan Cina dalam jumlah yang lebih kurang sama dengan kaum Melayu mengunjungi Bazaar Ramadan Bangsar. Jangan terkejut juga jika mereka lebih tahu tentang makanan “RARE” ketika di bulan Ramadan!

Bazaar Ramadan Bangsar adalah sedikit mahal berbanding dengan bazaar Ramadan yang lain. Mungkin kerana lokasi yang berdekatan dengan Kawasan elit atau mungkin juga disebabkan oleh kelainan juadah jika dibandingkan dengan bazaar lain. Namun, pastinya tidak rugi untuk anda mencuba.

Selain mencuba kelainan juadah anda juga boleh mencuba singgah di Hotel yang berdekatan untuk berbuka puasa. Berbuka dan mencuba juadah “RARE” bersama kawan dan keluarga di bulan Ramadan ini.

Ini hotel-hotel yang berdekatan:

OYO 410 Brickfields Park Hotel

5. Pasar Ramadan Seksyen 14, Petaling Jaya.

Memanglah Pasar Ramadhan ini tidak se-gah Bazaar Ramadan yang besar dan luas di tempat lain. Namun, disini tersembunyi juadah-juadah yang pastinya sangat lazat dan membuka selera. Anda tak percaya? Jom kita tengok apa ada.

Pernah keluar di berita di The Star tentang Popiah Basah yang menjadi kegilaan ramai. Hendak beli kena beratur Panjang. Selain itu, Murtabak, Putu Piring, dan Ayam Golek yang telah dipanggang menjadi tumpuan di sini. Jangan lupa juga Roti John kegemaran Malaya kita dan juga AIR Tebu serta Air Soya Gula Merah ya!

Pasar Ramadan yang terletak di sebelah “Federal Academy of Ballet” boleh dilawati sekitar jam 4 petang sehingga jam 8 malam. Anda boleh memilih untuk membawa kereta dan meletak kenderaan anda di sekitar jalan Kawasan tersebut. Pasar Ramadan ini paling sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana tidak lah sepenuh Bazaar Ramadan lain namun menjanjikan kepuasan yang tak terhingga. Tak sangka kan!

Kalau nak lagi puas boleh singgah ke hotel yang berdekatan untuk berbuka puasa sekali. Selain berbuka puasa anda juga boleh solat Tarawih bersama-sama di bilik yang selesa!

Ini hotel-hotel yang berdekatan:

OYO 331 i Boutique Hotel
OYO 156 YP Boutique Hotel
OYO 893 Hotel Holmes Kelana Jaya

Akhir kata, memang meriah sungguh bulan Ramadan di Kuala Lumpur terutamanya dengan kehadiran Bazaar Ramadan sepanjang bulan mulia ini. Rasa-rasa, anda paling suka beli juadah apa ya apabila mengunjungi Bazaar Ramadan? Rancang dengan sebaiknya pilihan Bazaar Ramadan anda. Ramadan hanya datang setahun sekali. Nanti melepas pula hendak makan juadah yang dicari-cari. #JanganSampaiMengidam

Guna Kod Promo: OYORamadan

Muat turun aplikasi:

Android: http://bit.ly/OYOAndroidAppLink 

iOS: http://bit.ly/OYOiosAppLink

About OYO Team

We’re people who love to travel and it’s a pleasure to share our experiences from around the world with you here. You’ll see our favourite destinations, quirky stays and budget stay. Also the best wedding banquet halls and the most lit party destinations. You’ll also find insightful opinions about why we travel in the first place and what it’s really like out there. Enjoy the blog and please tell us what you think - feedback welcome!